Selalu rasa tak sedap badan?
Kalau rasa lenguh-lenguh,sengal-sengal nak sendawa tapi tak lepas,kaki rasa tak selesa,
sebu,tambah-tambah #makyong yang tak sedap badan tu. Badan anda mesti dipenuhi angin,mujur bukan angin helium je,kalau tak dah terbang naik ke langit 😅😅
Ni antara tanda-tanda badan banyak angin:
• Rasa lesu/letih/tidak bertenaga.
• Selalu rasa kebas/lenguh/sengal.
• Tapak tangan/kaki berasa sejuk.
• Selalu menguap/mudah mengantuk.
• Sukar bernafas/nafas pendek.
• Rasa ketegangan di tengkuk dan pinggang.
Ada tak simptom-simptom ni,kalau ada #ELOK sangat buat resepi ni,lepas tue angin kalau keluar macam belon angin pecah tue.
CARA BUAT SUSU BUANG ANGIN NI SENANG YAKMAT
Bahan-bahannya :
*Sekotak susu ( brand apa pun boleh )
*Halia ( besar ibu jari ) lebih kurang 3-4cm
halia nie ikut ketahanan tekak, kalau nak kaw kaw punya dan pedas masuk banyak sikit . kalau setakat 3-4cm tak rasa apa-apa pun tapi tetap berkesan.
Cara membuatnya:
*Hiris halia tadi nipis-nipis reneh dengan susu tadi sampai mendidih atas api perlahan.
Taraaaa sedia diminum😇😇 .
Seeloknye minum ketika susu masih suam dan kesan adalah serta merta,memang sendawa dan kentut non stop .
BOLEH DI MINUM OLEH :
🏵Lelaki dan wanita
🌼ibu mengandung dan menyusu pun boleh tapi jangan letak halia banyak,cukup 2-3cm ja ya
Petua ni sgt berkesan,bila-bila pun boleh minum.Pagi ke petang ke malam ke ikut korang rasa tak selesa tue. Seminggu 2-3 kali pun ok.
SHARE jika bermanfaat.
Perkongsian Jannah Halimatun
Kredit : rose maline #mahn
No comments:
Post a Comment